Posts

Showing posts from September, 2019

SEJARAH PENUBUHAN SENI SILAT HARIMAU GAYONG MALAYSIA

Image
Seni silat adalah sejenis ilmu beladiri yang diakui umum sebagai hak asli pusaka warisan melayu dan sebagai perisai diri. Berdasarkan penemuan tinggalan sejarah yang terdapat di Candi Borobodur dan Candi Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud seni mempertahankan diri ini di kawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi. Bermula dari kepulauan Riau,sistem beladiri ini dikatakan merebak ke Minangkabau, Sumatera. Di Sumatera, seni pertempuran ini diperhalusi lagi dan dikenali sebagai Pencak Silat. Ilmu silat ini pernah digunakan oleh kerajaan Srivijaya (abad ke-7 hingga abad ke-14) untuk memperluaskan empayarnya. Pada zaman kekuasaan Majapahit (abad ke-13 hingga abad ke-16), ilmu silat ini dikatakan telah mencapai kemuncak kesempurnaannya apabila penggunaan senjata juga disertakan. Dari Minangkabau, silat diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu melalui Melaka. Dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka, hanya golongan yang rapat dengan istana sahaja diberikan peluang...